Assalamualaikum..
Haih,lame jugak tak publish story..rindunya kat blog..huhu(kalau boleh peluk,nak peluk sampai lebam bam bam!!)hehe..
Ok,nak tengok tak gambar aku pegi pantai haritu??tak payah la kalau siapa yang tak nak tengok tuh,yang nak tengok meh sini..TARAAA
smiley..
Hah,tapi ini bukan kisahnya..enjoy sangat naik banana boat,kawan aku ter'eksiden' kepala aku(bahagian telinga)..[adoi mak ai]after that terus miong my head nih!telinga pun berdesing kemain lagi..ssssssssssssssss.....macam bunyi televisyen gitu!haha(over plak citer).
Dah risau sangat,aku search la pasal gegendang telinga pecah
so,inilah info yang aku dapat :
Punca-punca Gegendang Telinga Bocor
Punca utama kebocoran gegendang ialah
jangkitan telinga tengah (otitis media), trauma dan perubahan tekanan yang
mengejut adalah antara punca-punca lain yang dikenalpasti ialah:
·
Menggunakan alat tajam untuk mencuci telinga
·
Tekanan tinggi
· Perubahan mengejut tekanan udara semasa penerbangan, berenang, menyelam
atau duduk berhampiran dengan bunyi letupan.
· Kebocoran kepada telinga akibat trauma seperti ditampar atau dipukul di bahagian telinga atau kepala.
· Jangkitan telinga tengah
Tanda dan Gejala
·
Dalam kebanyakan kes , tiada gejala-gejala yang ketara
·
Sekiranya ia disebabkan oleh jangkitan telinga tengah, pesakit selalu
mengadu tentang sakit yang tajam secara tiba-tiba ( ini disebabkan oleh
pengumpulan nanah di telinga tengah ).
·
Sakit akan hilang apabila nanah keluar daripada telinga tengah
·
Kebocoran disebabkan oleh trauma selalunya menyebabkan rasa tidak selesa
serta sedikit pendarahan mungkin berlaku
·
Bunyi berdesing di dalam telinga (tinnitus)
·
Kurang pendengaran
·
Telinga berair/bernanah
Pemeriksaan otoskopi oleh doktor
selalunya menunjukkan:
·
Gegendang telinga yang bocor
·
Tulang-tulang telinga tengah dapat dilihat
·
Nanah di dalam telinga
Kompikasi
·
Risiko hilang pendengaran yang kekal
·
Jangkitan telinga tengah
Rawatan
· Gegendang telinga yang bocor selalunya akan sembuh sendiri dalam masa 2
bulan. Rawatan biasanya untuk mengurangkan sakit dan mencegah jangkitan.
Antibiotik boleh digunakan sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan.
· Pembedahan mungkin diperlukan sekiranya gegendang tidak sembuh secara
semulajadi.
Pencegahan
·
Pastikan telinga sentiasa kering dan bersih
·
Tutup lubang telinga dengan kapas atau vaselin semasa mandi untuk
mengelakkan
telinga daripada dimasuki air.
·
Gunakan penutup telinga silikon semasa pergi berenang (elakkan dari
berenang)
·
Jangan masukkan objek ke dalam telinga
·
Jangkitan telinga harus diberi rawatan segera
· Masalah hidung perlu diberi perhatian dan rawatan yang sewajarnya
bersama sama dengan rawatan telinga
Diagnosis
Doktor akan bertanya mengenai gejala dan sejarah perubatan serta melakukan pemeriksaan fizikal. Ketika peperiksaan, doktor akan memeriksa telinga dengan alat otoskop atau kamera berskop untuk melihat jika gegendang telinga berlubang.
Kadang-kadang sukar untuk melihat kerana cecair yang berkumpul di saluran telinga luar menyukarkan penglihatan ke gegendang.
Doktor juga mungkin melakukan ujian audiologi untuk menentukan tahap kehilangan pendengaran yang telah berlaku.
Rawatan
Walaupun terdapat gegendang telinga pecah yang akan sembuh sendiri, ramai juga mungkin memerlukan rawatan supaya berlaku proses penyembuhan. Berbincanglah dengan doktor tentang rawatan yang terbaik untuk anda.
Pilihan rawatan termasuk:
Ubat
Doktor akan bertanya mengenai gejala dan sejarah perubatan serta melakukan pemeriksaan fizikal. Ketika peperiksaan, doktor akan memeriksa telinga dengan alat otoskop atau kamera berskop untuk melihat jika gegendang telinga berlubang.
Kadang-kadang sukar untuk melihat kerana cecair yang berkumpul di saluran telinga luar menyukarkan penglihatan ke gegendang.
Doktor juga mungkin melakukan ujian audiologi untuk menentukan tahap kehilangan pendengaran yang telah berlaku.
Rawatan
Walaupun terdapat gegendang telinga pecah yang akan sembuh sendiri, ramai juga mungkin memerlukan rawatan supaya berlaku proses penyembuhan. Berbincanglah dengan doktor tentang rawatan yang terbaik untuk anda.
Pilihan rawatan termasuk:
Ubat
· Bagi
gegendang telinga pecah disebabkan jangkitan telinga tengah, oral antibiotik
dan ubat titis antibiotik akan diberikan. Antibiotik juga boleh diberikan untuk
mencegah jangkitan yang mungkin berlaku akibat daripada kebocoran itu. Ubat
penahan sakit juga boleh diambil untuk mengurangkan kesakitan dan
ketidakselesaan disebabkan gegendang yang bocor.
namenye vecobal..
1biji sekali makan,3 kali sehari selepas makan..
oh gosh!!
Saluran telinga luar perlu berada di dalam keadaan kering pada setiap masa, dan bebola kapas yang sudah dicampurkan minyak bayi dan diperah kering boleh dimasukkan ke telinga luar sewaktu mandi. Kegiatan berenang, berendam dan menyelam harus dielakkan.
Pembedahan
Jika gegendang telinga tidak sembuh dengan sendirinya, pembedahan mungkin diperlukan untuk membaiki gegendang yang bocor. Jika anda didiagnosis dengan gegendang telinga yang pecah, ikut arahan doktor anda.
publish!!
moga2 saya cepat sembuh..aminn..
ReplyDeleteAmin. ;-)
ReplyDeletealhamdulillah dah sembuh
ReplyDelete